Isnin, 29 Disember 2008

Ragam faiz

30/12/2008, malam tadi Faiz menangis berjurai-jurai air mata, basah pipi dek air mata sayang mummy ni, puas mummy ngan papa pujuk..nape sayang ni..mummy dok fikir-fikir apa sayang makan ni, ke sayang sakit sebab nak tumbuh gigi? risau betul..papa cam biasa la cool jer tarik selimut..rasa angin pun ada..emmm, sayang nangis sakit perut kut , mak (nenek) suap pisang banyak sangat agaknya...alih-alih masa sayang bangun tidur, la..patut pun..bibir sayang dah bengkak kat atas..sah-sah sayang sakit nak tumbuh gigi.

pagi tadi masa mummy antor sayang kat nursery, rasa sedih jer..alangkah bahagianya kalau mummy dapat besarkan sayang dengan kudrat mummy sendiri.

Ya Allah murahkanlah rezeki mummy dan papa faiz ni, mummy ingat kalau mummy dapat buka firm sendiri, mesti best..sebab mummy dapat jaga anak-anak mummy sendiri.

Abang Aiman?

Sayang nak tau, masa mummy sibuk dok pujuk sayang, abang macam biasa la nak attract mummy punya attention..masa mummy tegur abang suruh dia tidur kat luar..dia muncung jer,,, pas tu cakap "abang nak gi umah bamag wan, abang tak nak balik doh umah ni!" amboi, pandai nak lari dah anak mummy yang sulung ni, sorry lah abang, adik meragam malam ni.

Ok lah mummy nak buat kerja pula..mudah-mudahan papa, abang & adik Faiz yang mummy sayangggg sanagt ni berada di bawah lindungan Allah S.W.T..moga di ampunkan dosa dan di jurahkan rezeki oleh-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan