Isnin, 29 Disember 2008

maksud bacaan dalam solat

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langitdan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk AllahTuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dankepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNyadan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semestaalam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yangmenguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kamisembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalanorang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalanmereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segalapuji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.Bacaan ketika iktidalWahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segalapuji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalahuntuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi danrahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke ataskami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiksaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naiksaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. YaTuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalahuntuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi danrahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke ataskami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiksaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naiksaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. YaTuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasIbrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atasMuhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkauberkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagiMaha Agung.Doa QunutYa Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orangyang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah akusebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkaupimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telahEngkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segalakejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidaksesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selaindaripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yangmemperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orangyang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkausahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telahEngkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubatkepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yangummi dan sejahtera keatas keluarganya dansahabat-sahabatnya.SalamSejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan