Sayang anak mummy,
Mummy minta maaf, mummy dah cuba sedaya upaya mummy untuk tambahkan production susu, tapi sebab mummy period mummy gagal, mummy kecewa betul. tadi 4/3/2009 mummy pam untuk sesi pagi mummy dapat 1 oz je..biasa mummy dapat 6 oz, mummy minta maaf.
Mummy perasan sangat bahawa kali ini mummy diuji dengan hebat oleh Allah. Period kali ini betul2 mencabar production susu mummy.
Tadi kawan2 kat website susuibu.com nasihatkan mummy amik pil kalsium ngan magnesium..mummy dah cuba sayang...mummy nak yang terbaik untuk sayang..mummy kecewa betul dengan keadaan mummy sekarang.
Semalam, mummy ke KB Mall, mummy terpaksa berkongsi susu dengan tin susu mamil gold, sesuatu yang mummy tak pernah impikan..mummy menangis kat situ juga..papa pujuk mummy, mummy sedih sebab kat tin susu tu jelas tertera bahawa Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda.
kat umah semalaman mummy menangis, mummy tak rela sayang minum susu tu..tapi mummy terpaksa...anakku, ketahuilah perkara terburuk yang mummy tak pernah fikirkan adalah membiarkan sayang minum susu itu...ibumu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan