Isnin, 22 Jun 2009

Astaghfirullah

ya Allah..ampinilah dosaku..sesunggunya mak ngan ayah mertuaku, aku sayangi.

Sebenarnya, mummy nak share ngan adik & abang, bila dah besar nanti, dah kawen..kena tarbiah isteri agar sayangkan mummy ngan papa sama cam parents dia orang...and jangan lupa...benda ni ambil masa...beri masa pada isteri..nak sesuaikan diri ada pasang surutnya tau..insyaAllah..kalau niat baik..tuhan tolong....

Macam mummy..mummy berperang juga dengan perasaan mummy..antara kehendak mummy dan tangungjawab papa..mummy terpaksa beralah sebab mummy isteri papa.

Cuma kadang-kadang mummy jealous juga ngan adik beradik papa yang lain, ada kehidupan sendiri..tapi itulah..mummy Allah dah pilih nak jalani ujian ni..mummy kena luaskan hati mummy...terima seadanya..ye la, mak ngan ayah mertua mummy orang kampung...tak reti nak ambil hati..tapi they all the best mertua yang mummy ada..

mummy kena ambil positif...best..best and best duk ngan mertua.

Ahad, 5 April 2009

Mak ngan Ayah Mertuaku sayang

Hemmm, perasaan mummy dah okey ngan atuk ngan nenek..ooo, rupanya mummy moody sebab nak datang bulan. Hik..hik..hik, kelakar betul, sampai nak merajuk sorang2 ngan atuk ngan nenek..dahsyatkan!!! selalunya moody ngan papa.

Syukur sangat pada Allah. Tu lah kisah mummy, kadang2 sayanggg sangat kat mertua..kadang2 nyampah betul...overall, mummy nak period memang angin pusing sikit. Nasib baik mummy merajuk kat belakang mertua...depan muka...ok..ok..suma ok....ha..ha...ha

Isnin, 23 Mac 2009

Siapa kah aku???

Aiman..Faiz..

Mummy sedih, rasa macam menantu tiri????? kenapa anak menantu lain Nenek ngan Atuk jaga sangat perasaan?? tak nak susahkan dia orang??? payah kalau nak guna kereta they all?? kenapa mummy tak pe jer...on je..adakah mummy ni...?

Sabtu, 21 Mac 2009

My Lalin

My Lalin kena attack ngan medu lahi dua tiga hari ni..he..he,sama -sama tak bangun, sama-sama tidur ngan mak mertua. Mak mertua demam makan angin, pi langkawi jalan tak hengat dunia, balik tidur manjang dah dua tiga hari, risau gak, siap pakej ngan batuk kokol lagi..sian mak.

Anyway, back to my laling, cam biasa la,.dah panyakit keturunan, tak tau nak buat apa dah, anak mak lah katakan, benda sama dok consume ari-ari, penyakit pun sama lah...11 bulan kebelakangan ni ada perubahan sikit, menantu dia dah bagi ceramah panjang lebar, baru la stop minum teh, kalau tak dah jadi macam sembahyang lima waktu..teh susu memang wajib...pagi petang siang malam..!! nak ubah mentaliti pula bukan senang.. patutla orang tak nak duduk ngan mertua..memang aku ni kategori makan nasi ulam jantung hari-hari.. Ya Allah sabar dan tabahkanlah hati ku ini. Kadang2 tu tension gilerrr..bukan tak sayang mertua..tapi dah namanya dua budaya berbeza, memang aku kena beralah..sebab they all mertua, aku ni menantu..silap ari bulan ipar mencemuh pulak...nasib ku yang malang....

Rabu, 11 Mac 2009

Tips Susu Ibu

1. dari segi pengambilan pil2. dari segi pemakanan3. cara penyusuan ibu kpd baby..cara-caranya:-

1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDINGIS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2 - 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.

2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.

3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.

4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.

5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.

6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.

7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ’serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul.Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Organic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon,motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/moodswing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.

8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga,pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau,kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)

8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkaladalah sebaiknya.Ibu2, jgn lupa utk minum susu, atau ambil pil kalsium di pasaran, kerana menurut paedatrician, ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium. (kopi pes dari seorang member susuibu-Tima kacih)

5th AnNiversarry

esok, anNiversarry papa ngan muMmy..hemm..hadiah apa ye nak bagi papa???
ingat nak bagi perfume la, tak sangka kan mummy dah ada dua cahayamata..cahayahati MumMy mesti la papa.
Papa ni bukan jenis romantik kalau nak banding ngan muMmy,dia mana tau nak suprisekan muMmy, mummy jer tiap-tiap tahun buat suprise,tapi yang bestnya, papa tak pernah lupa selebret..cuma nak buat makan2 tu papa rasa tak selesa..maklumlah,kita kan tinggal serumah ngan atuk&nenek, nak kelur jalan2 pun papa takut nenek berasa hati, nak bawa nenek ngan atuk keluar susah..atuk tu ok la, tibai jer makan,nenek susah ooo..musti & mummy 100% guaranteed tak bole makan keluar..ada saja tak kena..mummy masak pun nenek tak makan..dah taste dia unpredictable..tapi kita orang ok jer..mummy no hal punya, asal nenek ok..papa ok..tak pe la..
citer balik pasal neveseri ni...this time,nenek tak de umah , berani la sikit nak guna dapur, so mummy plan nak masak..jeng-jeng..mummy buat sate ngan nasi himpit..
lunch hour esok, mummy nak sent a boy buat suprise kat papa,biar papa terkezut....
tunggu la..jadi ke tak suprise tu!!!!

Isnin, 9 Mac 2009

I LOve YoU Papa

I LoVe U papa...CinTa HaTi MuMMy..handsome BucUK sayang...UMMMph..mwah..mwah..

Selasa, 3 Mac 2009

susu drop

Sayang anak mummy,

Mummy minta maaf, mummy dah cuba sedaya upaya mummy untuk tambahkan production susu, tapi sebab mummy period mummy gagal, mummy kecewa betul. tadi 4/3/2009 mummy pam untuk sesi pagi mummy dapat 1 oz je..biasa mummy dapat 6 oz, mummy minta maaf.

Mummy perasan sangat bahawa kali ini mummy diuji dengan hebat oleh Allah. Period kali ini betul2 mencabar production susu mummy.

Tadi kawan2 kat website susuibu.com nasihatkan mummy amik pil kalsium ngan magnesium..mummy dah cuba sayang...mummy nak yang terbaik untuk sayang..mummy kecewa betul dengan keadaan mummy sekarang.

Semalam, mummy ke KB Mall, mummy terpaksa berkongsi susu dengan tin susu mamil gold, sesuatu yang mummy tak pernah impikan..mummy menangis kat situ juga..papa pujuk mummy, mummy sedih sebab kat tin susu tu jelas tertera bahawa Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda.

kat umah semalaman mummy menangis, mummy tak rela sayang minum susu tu..tapi mummy terpaksa...anakku, ketahuilah perkara terburuk yang mummy tak pernah fikirkan adalah membiarkan sayang minum susu itu...ibumu.

Rabu, 25 Februari 2009

Ayah Rindu Mak

Semalam ayah citer pasal mak masa muda-muda dulu..he..he..ayah rindu mak ye.

Mummy pun rindu mak juga..hem,lama tak dengar mak citer pasal"jaman ritu" ni rindu gak...

Ahad, 22 Februari 2009

perkara yang ingin sangat nak tahu pasal mak mertua

nak tahu;-'
  1. Bila mak nak berterus terang.. mak suka sangat berkias..
  2. apa yang mak suka makan selain dari ikan kering.
  3. nape mak macam takut2 nak makan benda2 yang mummy beli..makan je la..mummy suka what??.
  4. Nape kalau adik beradik atau sedara mara papa sakit mak cepat sangat beritahu mummy, pastu siap cakap awal2 hujung minggu ni ke, lepas office hour ke nak pegi melawat.
  5. nape kalau mummy ke papa demam ke masuk wad ke..sampai 4-5 hari adik beradik papa tak tahu pun.Mummy sampai hari ni kecik hati masa mummy nak bersalinkan adik faiz, kak yah beritahu mak ngan ayah tak cakap pun mummy masuk wad, pastu dah 5 hari baru kak yah pegi, terbaru, masa papa demam...tak de sapa tanya khabar pun... huwaaaaa..mummy lari sana lari sini, adik faiz kecik lagi...adik beradik papa tak offer pun nak tolong gi hantar ke tolong beli barang ke..isk..isk..sedih..terasa macam anak tiri ngan driver jer..kalau adik beradik papa..mak cepat jer bagi arahan umum..Din..kak ??? ni bla..bla..bla ..payah..kita gi hantar la...kita gi beli la..apstu spital pulak wajib nak gi ari-ari..hemm ni mummy kena rasuk or pejarum ngan syaitan la ni..tapi mummy nak tulis gak kat sini.. kurang-kurang mummy lega.
  6. nape papa ngan Su Da jer mak suka suruh-suruh.. Orang lain tak???? Su Da baik kan??? Mummy ingat Su Da ni macam paracetamol..kalau mummy hot ngan mak..kol dia musti KOOL.
  7. nape mak tak nak pegi mana-mana ngan kak yah @ kak su.
  8. nape mak tak pernah minta tolong menantu-menantu dia yang lelaki kat kelantan ni???
  9. nape mak susah sangat bab makan-makan???.
  10. mak sayang abang Mi lebih???? betul la...kalau ada makcik-makcik kat kampung ni puji Su Da ke puji papa ke..mak mesti cepat-cepat masukkan nama abang Mi....nape ye...???
  11. nape mak suka marah ayah??
  12. napa mak baiiiik sangat???
  13. napa mak suka sangat susahkan diri?? mak rehat la..biar saya yang buat.
  14. nape mak suka gi kedai??? mak dah tak larat la nak jalan..boleh ke tak gi kedai??? NOOOOOOOO.
  15. nape mak suka beli almari..

Apa yang best dok ngan mertua???

  1. Dapat gembirakan hati papa, mummy tahu papa sayang gila kat parents dia..parents papa syurga papa, papa syurga mummy..ku turutkan jua..papa sanggup tolak gaji ribu riban kat K.L sebab nak jaga parents.
  2. Dalam 7 beradik anak Omar dan Sa'a diah, Mummy ngan papa tuhan pilih untuk jaga parents.
  3. Atuk ngan nenek sayang kat anak kita lebih...psssst yang ni rahsia kerajaan..(Kerajaan Omar&Sa'adiah).
  4. Kita orang fisrt dapat tahu kalau dia orang tak sihat.
  5. Kehadiran kita lebih mahal dari wang ringgit yang adik beradik lain bagi.
  6. Boleh share perasaan ngan mak ayah...walau pun aku ni menantu pompuan, tapi sebab aku pandai meloyar buruk..mak ngan ayah sayang gila kat aku..tak percaya??? aku tahu la...mana ada menantu dia yang kat bandar kolumpo tu kol dia..aku balik Manek Urai sekejap pun..aku kol tanya khabar..politik-politik. Mana ada dia bagi arahan kat menantu dia yang lain..ngan aku..tiap-tiap hari dapat arahan.
  7. Asyik nak ikut kite je..ngan anak dia sendiri pun tak nak ikut...betul ni..jangan tak caya.. mak aku mesti tak nak ikut anak pompuan dia walau pun tinggal berjiran..dia rela ikut aku menantu dia kalau nak pegi mana-mana.Aku baik kut..hi..hii.hi.Heran juga.
  8. dapat manjakan cucu.
  9. dapat pengajaran hidup...tengok muka dia orang..kesiannya ada tujuh anak pun yang dia tumpang bahagia sorang jer...aku dah tua-tua nanti macam ni ker??
  10. Menimbulkan rasa belas di hati...kesiankan kalau salah seorang meninggal, ngan sapa la dia orang nak tinggal..aku nanti dah tua macam ni la
  11. Kesimpulannya; tak pe la adik beradik abang dok jauh dapat gaji ribu riban pun..yang penting abang dapat pahala ribu riban...abang senang hati..mummy pun senang hati.

Mak pergi Key El

Hari Selasa last week, mak pegi K.L, umah ayah mi ngan cik shima, they all dapat baby baru, mak pegi jadi nurse, pegi ngan mek dah. Beshnya..mummy tak duduk ngan mak seminggu..ha..ha..ha..mak mertua mummy tak de umah. Jahatkan..tak lah, sekali sekala best juga merdeka ni.Mak mummy juga lah..Mummy tak nak hipokrit, ngan umi sendiri pun kalau dapat terlepas dari penguasaan dia kan besh???
Beza dia kalau ngan umi, apa-apa benda yang mummy tak suka mummy laju jer jawab, buat explanation..ngan mak ni mummy explain juga..explain dalam hati.
Mummy nak puji la diri mummy ni, he..he nak gumbirakan hati mummy la, aiman ngan faiz mana pandai lagi nak gumbirakan hati mummy, kak-kak ipar mummy tak pernah pun cakap ke bagi hint ke yang they all terima kasih kat mummy sebab sudi korbankan perasaan mummy dok ngan mak...
Aiman ngan Faiz nak tahu..kalau markah untuk kegembiraan hidup tu 100, mummy dapat la 60%. Tapi mummy kena ingat..suatu hari nanti mummy akan jadi mak mertua juga, masa insaf ni, dapat la 100% ...kalut kan mummy ni.
Tapi mummy rasa mak ngan ayah meryua mummy sayang kat mummy. Sebab??? suma hal ehwal baik dan buruk anak menantu yang lain mummy tahu.. Mak kalau adik ngan abang nak tahu, selalu jer ngumpat pasal dia orang,

IFR Training & Consultancy

Ditubuh dan didaftarkan pada 11-02-2009, untuk masa depan anak mummy dan papa.

Bidang pilihan mummy ialah Tenaga pengajar, Kem Motivasi, Nurseri dan kursus untuk lepasan Sekolah.

First Projek mummy ialah Kem Kecemerlangan Pelajar, Solat Bestari dan Motivasi Anak Soleh 2009, bertempat di Sri Pantai Resort Melawi, pada 1&2ei 2009, Fee pulak RM100-00/seorang. Ya Allah Ampunilah Segala Dosaku, Permudahkanlah segala urusan ku.

Next, mummy tengah cuba melobi tender Citra Ibadah, 30 Sesi untuk student IKBN, mudah-mudahan dapat.

Mummy punya current projek berkait dengan Gua Musang Estate...mudah-mudahan jadi.

Kerja mummy sekarang pula, lawyer, consultant, manager, isteri, ibu, menantu, anak..Ya Allah ku mohon yang solehah hendaknya.Sibuuuuuuuuuk sangat mummy sekarang ni. Papa buat muka kelat jer, tak cukup kasih sayang kut.

Minggu ni sibuk dengan Citra Ibadah, last week dengan kem kecemerlangan pelajar. Cuba Aiman ngan Faiz bayangkan..nampak tak?? bayangkan lagi...

Lamanya tak update

heh..heh, lama betul mummy tak update citer pasal anak-anak mummy ni..busy la..start dari faiz kena chicken pox, pastu papa demam, fening-fening.
Lately mummy busy dengan penubuhan IFR Training & Consultancy, hem..mummy buat bisness la pulak. Saja nak try luck.Lawyer cun Tenaga Pengajar.
Ni update sebab Su Da (adik ipar mummy yang mummy tengah tunggu sangat nak buat kenduri kawin dia) yang remind mummy pasal blog ni.

Selasa, 20 Januari 2009

Faiz kena chickenpox

Last week adik faiz demam teruk dua hari, mummy ingat adik nak naik gigi..sebab air liur adik asyik meleleh jer..lepas tu mummy tengok ada bintik-bintik kat betis, malam tu, mummy cuak betul sebab mummy tengok ada bintik merah berair dan pecah kat mulut dan tangan adik. MasyaAllah, faiz kena virus tangan dan mulut ke???

Mummy cepat-cepat call papa kat ofis, malam tu juga mummy bawa adik gi klinik zaiton..masa tu badan adik panas betul.

napa? doktor tanya, tak tau la doktor, dah dua tiga hari macam ni..asyik menangis jer, pas tu macam susah nak menyusu, ingatkan nak tumbuh gigi..ni kat tangan ada melepuh, kat mulut pun ada. Nursery?? aa aa, biasa la ni???!! bukanlah???!! then doktor senyum je..meh tengok mulut...ni ha kat dalam mulut ada juga, patut la melalak, sakit ni...apa doktor? Chiken pox...laaa

doktor bagi ubat gatal ngan ubat demam.

dua tiga malam adik tak dapat tidur, nasib baik ada kawan india mummy bagi cadangan guna air semambu ngan kunyit..adik macam ok sikit, pastu dapat tidur.

nasib baiknyer, adik dapat sikit jer. dua tiga hari dah hilang.

Ya Allah Ya Tuhan ku, aku mohon pada Mu ini lah kali pertama dan terakhir anakku Muhammad Faiz kena Chiken Pox dan penyaki-penyakit lain yang sewaktu dengannya..Amin ya Rabbal Ngalamin.

Rabu, 7 Januari 2009

Ni dia gambar adik..







Comelll anak mummy ni.

gambar aband second day..







gambar ni nampak obvious sangat muka abang nak nangis...memang hwaaaaaaa pun lepas tu

Gambar abang masa kat sekolah
















Ni dia gambar abang masa kat sekolah first day...jeng..jeng..happy nyer, best sekolahkan????, mummy yang excited lebih-lebih,anaknya biasa jer..
































Ahad, 4 Januari 2009

2nd day...

Hari ni sampai kat sekolah..abang keras jer tubuh..kaku tak bergerak-gerak depan pintu..mummy kena tolak masuk..mummy nampak muka abang cuak jer..emmm. sah..sah nampak nak nangis muka!!! lepas tu mummy ke bangunan sebelah antor adik..tiba-tiba papa datang cari mummy.."Aiman nak ambil gambar!!..????? ehhhh.. camera ada ? sib baik bawa..mummy masuk kelas abang..la...nampak cam nak hujan jer ni ...ok...yang ni nama sapa...ni nama sapa?? mummy cuba panaskan suasana..ni nama Aiman, nanti kawan dengan dia ye..ok..jom kita mabil gambar..mummy suruh salam, abang tak nak..emmm.. sayang kat bagus, nangis tak bagus..ala-la nampak dah nak menitik air mata..mummy cepat-cepat keluar kelas... dari jauh mummy nampak Aiman kesat mata...emmm... nagis la tu..heh, risau betul..

Muhammad Aiman Danial-Start Sekolah

Hari ni. 04/01/2009..
Aiman dah mula sekolah,playschool di IQ Anakku di Mulong Kota Bharu Kelantan, Registration fees RM380-00, monthly RM150-00.

Pagi lagi mummy dah kejut abang, Wah..sekali panggil jer abang dah bangun, semangat nak sekolah agaknya, lepas breakfast suma, mummy siapkan abang..comelnya anak mummy, dah besar pun. Masa mandi tadi mummy bacakan surah Al-Insyirah..mudah-midahan abang tenang kat sekolah.

Sampai kat sekolah, abang turun keta cium mummy ngan papa...aaaa jangan lupa yer..adik Faiz pun...adik happy ler tu mummy cuti ari ni..sebenarnya mummy yang macam nak nangis risau jerrr..tapi nampak abang ok jer, rasa cool la pulak...

Masa sampai kat pintu kelas..abang berdiri jer..lepas tu.." masuk sayang, meh kat cikgu" Cikgu Da panggil abang, abang selamba jer masuk, terus kat depan kelas, then duduk kat situ, pas tu pusing belakan senyum kat mummy...pehh lega.

Suasana haru biru betul...ramai kawan-kawan abang duk nangis..pastu mummy masuk snap gambar....bestnyer first day abang sekolah.

12.30 mummy gi amik abang...sedih jer muka abang, tak biasa ye sayang...sok lusa ok la tu...

Esok macam mana yer???